Wednesday, January 26, 2011

Rahsia bola hitam & putih

Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh je.

Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki.

Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia Tak ada basikal...apa tuan
tak segan?"

Lantas...... si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal
yang macam mana dan si anak cuma bagitau,

"Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..."

Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih?"

"Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan itu je."

Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je. maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.

Masa berlalu.....

kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya
disimpan di dlm stor..

Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi
kepada si bapa.

Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je...".

Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak.. Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda.

Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?" Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih.

Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang.

Sekarang kawan2nya main permainan lain- main roller blade. musim rollerblade melanda kawasan tempat tinggal nya. Trend baru....

Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya. Lepas bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda, si
bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat banyak, keluar negeri lagi tu......Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman.

Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru bersama secebis nota: "Biar
kamu tak malu".

Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota tersebut berbunyi: "Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakan
nya."

"Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. Apalah istimewanya bola itam dan bola putih!!?

Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu...hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola
putih untuk kesekian kalinya.

Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya.. Secebis nota juga
ditinggalkan di ruang kerja si bapa.. "trima kasih byk2 papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih"

Masa berlalu....

Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas, member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah. Suatu hari,
ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh
membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak.

Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan anaknya! Maka ditawarkan
Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang
praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berbincang.
Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah pula dgn bola hitam dan bola putih semestinya!! .

Tetapi si bapa masih kesal... Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam &
bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam & bola putih..

Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti. Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh
si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru.

Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor je. Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik motoooooor jeeeee..
Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak belikan bola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri!

Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So, selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk
bertanya kpd si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih?

Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu..huh..sampai awek anak aku pun tanya...bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang di tanya?. Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi
bola hitam & bola putih!!

Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih. Nak buat apa lagii...,
fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anaknya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya.

Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit bukau menaiki Ferrari untuk brsiar2. Yelah, anak muda kan , ketika tenang memandu
si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah dan terus accident!!! Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat.

Si bapa tiba di Hospital.."macamman a doktor, anak
saya?" Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya... sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."

Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya.

"Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu.." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia...akrablah dua manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya...


Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui
tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih"

"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk...sehingga kamu sering kesepian..maafkan papa, nak. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang
baik."

Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"tak mengapa papa, saya faham.. Cuma saya kecewa disebabkan papa
ada kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam dan bola putih je kan ?"

Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM &
BOLA PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?"

(anda semua pun ingin tahu kan ...?)

Si anak menjawab dengan nada terputus putus kerana sudah tidak dapat bertahan dan masanya sudah hampir
tiba....

"sebabnya....saya....saya.....saya...." Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang. Si anak
sudah meninggal sebelum sempat memberitau bapanya
tentang bola hitam & bola putih.

Tengok, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku yang cuma bercerita, lagi la tak
tau ape ape. MACAM MANA NI? Kecewa jugak nih.
Isk!Isk! Isk!.......Rasa nak tumbuk je perut orang yang mula-mula forward kat aku.

Monday, January 03, 2011

pelumba malam

Dalam beberapa bulan nie..time2 lunch aku biasanya bersama mr lan dan pijol akan menghabiskan waktu lunch bersama. Tak kiralah makan kat mana2 kami mesti betiga..tapi bila pijul dah berhenti kerja aku dgn abg lan jadi boring..tak tau nak wat per time lunch..Aku dgn abg lan nie mmg selalu berbincang pasal game2 yang latest nie. Nak dijadikan cerita, abg lan ajak lah aku ker care4 kat wangsa maju..bisalah mana2 shoping center mesti tempat nak main game2 tu kan.Ingat lagi kalau dulu nak main game street fighter 20sen jer dah bleh main dah, tapi sekarang haghamm mau 50sen satu token, nak main satu game mau 4 token...haisshhh..tapi disebabkan minat kan...maklumlah ps2 xde kat rumah ps3 lagi lah..nak main kat pc xupgrade graphic card lagi..jadi melepaskan tekanan kat mesin2 nie lah..


Mula2 dulu tengok2 jer budak2 main...haisshhh mane bleh jadi mcm nie..mesti nak cuba jugak kan..ohh terlupa nak bg tau nama game nie..nie lah MIDNIGHT MAXIMUM TUNE 3DX..game nie sekali main 4 token = rm2..xpe lah bukan selalu main pun kadang2 2x sebulan jer bergantung pada keuwangan..game nie boleh main link..jadi boleh lah main ngan member2..xder lah boring sgt asik lawan ngan com jer..



Kalau nak dapat kereta yang berapi2 cam kat atas nie..tah berapa ratus lah baru dapt keta cam nie..pelik jugak tgk budak2 sekolah main sampai berpuluh hengget dorang abis kan..banyak eyyy duit korangg...lepastu sorang bukan ada satu kad..siap ada card holder tuuuu..perghhh!!! kaya kaya!!! kesian mak ayah korang carik duit abis kat mesin tu jer...abang yang dah keje nie pun takut3 gak nak main..jimatttt..


Dan akhir sekali nie lah kad game aku..boleh dikira berapa kali main..kalau2 berhajat nak vs ngan aku roger lah hehehe...



Thursday, December 30, 2010

selamat tinggal - Goodbye - Sayonara - au revoir - adios 2010

Pejam celik pejam celik 2010 bakal melabuh kan tirainya. Dalam tahun nie macam2 peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ada yang gumbira ada yang duka..jadi aku nak kongsi lah ckit ceciter ceciter yang menarik berlaku time 2010 nie.

Sedar tak sedar detik itu kembali ( cam lagu awie lak ) dah setaun jugak aku berkhidmat kat JUPEM..dulu memule masuk jupem aku pun tak tau pe benda jupem nie..dapat offer keje je trus sambar tanpa memikirkan job2 yang dorang nak kasi nnt..Syukur aku dapat boss yang baik dan spoting gile keje kat sini..staff2 yang lain pun ok jugak..memula masuk tu mmg lak kekok ckit kan..lame2 hehehehe..walapun kat opis aku nie xder bunge ( aweks2 ) tuk memeriahkan keadaan tapi tetap meriah dengan telatah masing2. Tak lupa juga mr .tumbuk rusuk aka brother lan yang agak ganas tapi dia baik orang nyer..masa aku baru masuk dia di tempatkan di pentadbiran.dan disitu lah aku kenal pijul dan ...... Akhirnya hujung tahun nie rezki aku masih disini aku dapat sambung keje kat jupem nie sampai 2011..Alhamdulillah..amin

p/s : mat ( sllu minum pg ngan dia ) abg zalee ( selalu memecahkan kesunyian ) ashraf ( the puisi man ) 
       fais, madi, ezree ( korang mmg best )


                                                                                                  wisma jupem

Selain tu tahun nie gak aku dapat anak buah..beliau seorang boy lahir pada tanggal 21.6.2010 ( paksu 21.9.1984 caya lah eman ) opsss telupe plak nak bg tau nama nyer..okey nama beliau Ahmad Syakir Iman. Dulu masa dalam perut ibu dia..ibu dia suka makan kacang cerdik atau nama saintifik nyer pastachious
( bebelit lidah nak sebut ha ) jadi sekarang nie 6 bulan dah nampak kecerdikan eman nie. Eman nie ada lesung pipit kiri kanan pulak tu haisshhh dan dia suka meloncat2 sekarang nie bila di pegang. Be a good boy yer eman nanti uncle belikan kerata control yer hehe..
 p/s : dengar citer nak dpt ank buah lagi taun dpn ( bln 6 ) 

 
hai my name eman
Pada tahun nie juga ramai jugak spupu dan kwn2 aku yang dah menamat kan zaman solo mereka. Tahniah dan selamat pengantin baru. Adalah antara video2 sepupu2 aku yang tak siap lagi di edit tuk buat dvd. Natah kenapa malas sangat nak ngadap pc tu berejam2 nak edit video...jgn risau video2 anda pasti akan siap cuma cepat dengan lambat aje yer...

Baru2 nie setelah sekian lama ibunda ku yang tersayang sehat walafiat tiba2 kena serang dengan penyakit lama beliau. Ibunda aku suatu ketika dulu mengidap sakit paru2 bocor mengikut kata doktor la..bukan berlubang atau berair yer tetapi bocor. Tapi itu kisah lama la..tak nak lah kenang2 lagi sedih jugak time tu.. :-(
tetapi sekarang nie beliau sudah beransur pulih dan semakin sihat seperti sediakala dan semakin cantik pulak hehe ..alhamdulillah 

mama aku
Aku rasa itu je lah yang boleh di kongsikan untuk update kali nie..tibe2 jer idea dtg nak update blog hari nie. Okey kepada rakan2 semua selamat menyambut tahun baru ( aku pun xpenah sambut taun baru nie dok lepak rumah jer ) dan kepada my bro selamat menyambut ulang tahun yang ke 27  pada 1.1.2011 nie. jeles sgt tiap kali birtday dia mesti cuti hahaha....orite jaga diri hiasi peribadi, kurang kan manis dalam minuman..

Tahniah pada SQUAD MALAYSIA kerana menjadi juara buat pertama kali untuk PIALA AFF.

Wednesday, December 01, 2010

Jalan kanan ditutup kita ikut Jalan kiri


Setelah penat2 menjalankan tugas di pejabat..kita mesti nak berehat2 dimeja sambil bersantai2 melayari internet kan..tapi kalau semua web site yang kita nak surff tu dah di BLOCK!!!!! mesti bengang punyer..jadi disini aku nak share kan satu cara maklumlah sharing is caring kan hehe..aku dah try benda nie kat firefox  dan ternyata berkesan..ok ikut langkah2 kat bawah nie :

1. install add-ons nie ( untuk firefox sahaja ) no script
2. setelah selesai install restart firefox dan select option > https dan add website yang di block.


















kalau xpaham boleh view kat site nie tutorial

sekian

Monday, November 29, 2010

Malang tidak berbau

Pada 21.11.2010 aku bersiap sedia untuk bertugas sebagai urus setia ( walaupun aku x berapa terurus ) untuk kursus di port dickson. Setelah semua persiapan telah dibuat..tiba2 mak aku offer nak hantar aku ker office @jalan semarak KL..niat hati aku xnak lah menyusahkan org tua aku dan aku menolak tawaran mereka. Dengan menaiki motor a.k.a bbob yang telah banyak berjasa pada diriku..aku meneruskan perjalanan begalaskan beg besar maklumlah 4h 3m nak berkursus@holiday. Dalam perjalanan aku sudah terbayang kan laut yang membiru dan angin sepoi2 bahasa. Tiba2 sampai jer kat depan sunway piramid motor aku terasa berat ( arghhhhh bocor lah niee )..........


Aku pun terpaksa berhenti di Bp. Time tu baru pukul 8.15 sah2 xde kedai moto yang bukak time nie hari ahad pulak tu..Aku pun call my bro untuk bantuan..sambil2 menunggu abg aku...ape lagi dengan menggunakan garmin aku search lah kedai moto yang paling dekat...itu dia kedai terdekat 1km tapi bukak ker kedai tu..selepas setengah jam menunggu aku pun usha kedai moto yang telah di gps tadi bersama my bro...ternyata TUTUP !!!!!!!!! arghhhhhh..Aku dah lambat niee..akhirnya aku terpaksa park moto kat MCd berhampiran dan meneruskan perjalanan ke opis dengan abg aku.