Tuesday, April 03, 2012

Kerja Baru

Hari nie 3 april 2012 tamat lah sudah kontrak aku berkhidmat di JUPEM nie. Selama 3 tahun aku berkhidmat disini macam-macam yang aku dah belajar dalam selok belok berkerja dengan orang-orang kerajaan nie. Tapi banyak terima kasih aku ucapkan kepada bos kanan aku yang banyak memperjuangkan untuk sambung kontrak aku dari tahun ke tahun..tapi kali nie dah tak dapat diselamat kan lagi sebab pekeliling dari jpa dah dipinda. Maka aku terpaksa ditamatkan perkhidmatan. Aku mula keja kat sini dari julai 2009. Memang seronok lah dapat keje maklumlah dah lama menganggur semangat keje melonjak-lonjak. Tambahan pulak dapat kawan-kawan yang best kat sini lagi lah syokk...nak mengulau jangan kate lah..any time tapi berpada-pada lah asalkan keje berehh yer.

Bila dah tau kontrak dah nak habis nie baru lah menggelabah nak cari keje lain, baru lah terhegeh-hegeh nak update resume bagai. Ikutkan memang bosan dah nak benda-benda nie semua, tapi apakan daya dah standard nak apply keje macam tu kan. Khamis lepas ada kawan istimewa aku bagi satu link jawatan kosong. Tanpa lengah aku pun apply lah, nasib baik guna online xde lah malas sangat kan..resume dgn cover later pun dah ade. Tiba-tiba pukul 11 orang MITI dah call suruh dtg interview. perghhhhhhhhhhhhh!!! cepat gila dpt. Memang rezeki aku lah agak nyer nie. Aku pun pegi lah interview tu bla...bla....blaaa dapat. SYUKUR ALHAMDULILLAH berkat betul. Jadi aku kena start keje kat tempat baru lah besok nie. Harap-harap sesuai lah dengan jiwa aku tempat baru nie. Nampaknyer kena bersopan-sopan lah pulak esok nie. heheheh....ok Bye JUPEM..dan semua staff Seksyen Perkhidmatan Pemetaan (SPP).



*dan terima kasih tak terhingga pada "dia" yg bagi link job tu..nt bg hadiah.hehehe

No comments: